Wednesday, 30 December 2009

Sejarah Minyak Kelapa Dara

  Pohon kelapa telah dijadikan tuhan dengan pelbagai fungsi untuk manusia.Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai kegunaannya,darisgei makanan,penjagaan kecantikan dan perubatan.Salah satunya adalah minyak kelapa dara ini.
  Minyak kelapa dara dihasilkan tanpa menggunakan haba atau bahan campuran kimia dan menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum.Kajian keatas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negarabarat sejak awal tahun 1930-an lagi.Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk dikepulauan pasifik dimana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian mereka.Mereka merumuskan bahawa satu kandungan yang terdapat didalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi memberi kesan positif kepada kesihatan manusia,dan disebab itulah penduduk di kepulauan itu mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik.Mereka juga didapati tidak mengalami  penyakit kronik seperti sakit jantung atau kanser.

Apakah sebenarnya Minyak Kelapa Dara ?    
  Seperti yang dinyatakan diatas minyak kelapa dara adalah minyak yang diproses tanpa penggunaan haba atau bahan kimia dimana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan 100% asli.Berbanding minyak kelapa biasa dimana haba dan bahan kimia digunakan sewaktu proses pembuatan menyebabkan struktur dalamannya berubah dan mengakibatkan kemudaratan kepada manusia.

  Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah
membuat satu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh Minyak Kelapa dara.Beliau
mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus,bakteria,kulat dan parasit.Ini membuktikan  minyak kelapa dara bersifat :
  • Anti-Virus
  • Anti-Bakteria
  • Anti-Kulat
  • Anti-Parasit
Melihat kekuatan sifat minyak kelapa dara ini mereka terus mencari kesan2 yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ini keatas pelbagai jenis penyakit,dan kini telah terbukti minyak kelapa dara mampu menentang penyakit-penyakit kronik.
 
footer